7 March 2013

Jodoh Pertemuan kuasa Allah S.W.T

Assalamulaikum,sebenarnya luqman nak tulis artikal ni sebab kawan luqman asyik sebut-sebut jee..kalau luqman kahwin dengan orang gemuk macam mana eh?? hmm..sebenarnya luqman dah redha dengan takdir yang Allah tentukan..dan sebenarnya masih jauh lagi perjalanan luqman untuk bercinta..jadi malas nak fikir.Jadi..dalam kes ni luqman hanya serahkan kepada Allah..kerana Allah itu Maha berkuasa...dia akan memberi yang terbaik kepada hamba-hambanya..
Seperti kisah cinta yang pernah luqman dengar..ada seorang perempuan ni..dia sangat memilih pasangan untuk dijadikan suami..tapi akhirnya dia berkahwin dengan rakan baiknya sendiri..dan dia tak pernah terfikir yang dia akan berkahwin dengan kawan baiknya sendiri..nampak tak?? jodoh tu di tangan Allah...jadi benda yang kita tak terfikir pun boleh terjadi dengan kuasanya..jadi kita perlu redha..berdoa agar jodoh kita adalah dikalangan orang yang terbaik..dan untuk mencari pasangan yang terbaik..kita juga perlu jadi yang terbaik..barulah padan kan?? ni nak jodoh yang pandai dan kaya..tapi diri sendiri nak beli makanan pun tkda duit..macam mana nak jaga anak orang?? yang perempuan pulak nak yg muka mcam LEE MIN HO/TAEMIN..macamla diri tu sempurna sampai tolak cinta lelaki melayu yang dah sah-sah muka melayu tulen ahahaha..
jadi dibawah ni ada doa agar kita mendapat jodoh yang terbaik dan soleh-solehah
Bismillahirrahmannirrahim.....
Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku ,
Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..
Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ..
Tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap & mendamba
sebuah keinginan menuju
redha-Mu..
Ya Allah...Yang Maha Pecinta ..
Pemilik cinta sejati ,
Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya.. Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..
Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,
Penuhi hatinya dgn Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,
Limpahkan kelapangan dikalbunya dengankesabaran,
Temani dia dlm kesepian..
Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..
Ya Rabb..
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..
Ya ALLAH..
Kirimkan dia yg dpt membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku, akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah untuk tetap Menuju-Mu..
Bimbinglah hati kami ,
Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan
Rahmat & kasih sayang-Mu..
Aamiin ya Rabb... 
 semoga kita semua mendapat jodoh yang setia ke akhir hayat..Aminn..